Sunday, September 21, 2008

Ada Rahsia Yang Belum Terjawab
























Katanya di rimba banyak bahana
serigala dan margastua
burung-burung berkicauan
dan pohon-pohon yang tebal
di celah-celah
ada laba-laba yang beracun.

Katanya ada sungai yang lesu
antara gunung-ganang dan bukit-bukau
dan ada suara yang memanggil
pada ranting-ranting yang rapuh
katanya ada sungai yang hanyut
di celah pohon-pohon.

Katanya ada gunung yang pecah
antara dua pulau dan kerikil laut
dan ada nelayan yang tenggelam
antara riak-riak gelombang.

Katanya antara kita
antara rimba sungai dan laut
ada rahsia yang melingkari mimpi
ada rahsia yang belum terjawab.

Miri
15.6.91

Thursday, September 18, 2008

Monday, September 15, 2008

Catatan Dari Rumah Geruna I


Apabila segala-gala telah dinilai dari angka
engkau harus rebah menghitung segala perbezaan
kerana disini;
sebenarnya tidak ada angka yang benar
untuk menterjemah segala bentuk pembangunan
cuma ruang angkasa yang kosong
dilihat dari langit.
Dan apabila segala angka dicampur dan ditolak
atau didarab dengan nul yang kosong
engkau harus menjerit pada waktu keheningan
malam yang gelap;
tidak ada apa-apa yang dilihat
tidak juga tergapai tangan untuk mencengkam
benih-benih perbezaan di dalam kegelapan
kerana bumi telah direkahkan
dari pohon-pohon menghijau.
Mukah

Saturday, September 13, 2008

Catatan Dari Rumah Geruna VIII

Catatan Dari Rumah Geruna VII














Kadang-kadang itu tanah disalah ertikan
apabila ia hanyalah ketapang yang kosong
tinggi menjulang ke langit dan dalam kelam malam
berdiri dengan tersipu pada liang-liang gersang.

Tanah itu akan sentiasa terbuang
dan dalam ketandusan ia masih keinginan
untuk bercerita perihal daun-daun
yang pernah satu ketika kemarau panjang
berjuta-juta keguguran ke tanah dan reput
membangunkan kembali kehidupan rimbanya.

Kadang-kadang itu kehidupan disalah tafsirkan
pada daun-daun yang pulang ke tanah
membangunkan kembali putaran dan liku-liku
perjalanan panjang ke ruang belantara
mengisi tamadun manusia.

Kadang-kadang itu pada ketika kita kesunyian
kita mudah dilupakan oleh ganjaran wwaktu
kerana pada tanah ini dan pohon-pohon rimba
tamadun baru bisa dijulang ke ruang angkasa
dan peluang-peluang memperkasakan
keikhlasan pada tanah-tanah
yang disalah-ertikan.

Kadang-kadang itu kita terlupa membangunkan rimba
apabila keikhlasan disalah ertikan.

Mukah 2007.

Catatan Dari Rumah Geruna VI














Kerana niatnya yang murni itu
terpancar sudah sebuah alam di matading
hasil dari galian kegelapan
yang memerlukan tanah ini.

Aku cuba bersuara untuk tidak membenarkan
penyiksaan yang tidak terancang
penganiayaan sebuah rumah panjang di Geruna
setelah kembali musim hujan selepas Disember.

Dan aku terus mencuba untuk bersuara
membina semangat menunjangi lembah ini
berlari kencang bersama angin pembangunan
agar alam meredakan tumpahan air dari langit
keatas bukit-bukit yang payah.

Kepada setiap yang terpenjara di dalam hutan ini
janganlah dikembalikan
pembangunan yang tidak terancang.

Mukah

Friday, September 12, 2008