Monday, September 15, 2008

Catatan Dari Rumah Geruna I


Apabila segala-gala telah dinilai dari angka
engkau harus rebah menghitung segala perbezaan
kerana disini;
sebenarnya tidak ada angka yang benar
untuk menterjemah segala bentuk pembangunan
cuma ruang angkasa yang kosong
dilihat dari langit.
Dan apabila segala angka dicampur dan ditolak
atau didarab dengan nul yang kosong
engkau harus menjerit pada waktu keheningan
malam yang gelap;
tidak ada apa-apa yang dilihat
tidak juga tergapai tangan untuk mencengkam
benih-benih perbezaan di dalam kegelapan
kerana bumi telah direkahkan
dari pohon-pohon menghijau.
Mukah

1 comment:

TCL said...

Setiap pembangunan perlukan pengorbanan dari segi semua aspek, jika dirancang dengan baik,betul dan sempurna maka tidak ada permasalahan yang akan timbul kelak.