Apabila segala-gala telah dinilai dari angka
engkau harus rebah menghitung segala perbezaan
kerana di sini;
sebenarnya tidak ada angka yang nul
untuk menterjemah segala bentuk pembangunan
cuma ruang angkasa yang kosong
dilihat dari langit.
Dan apabila segala angka dicampur dan ditolak
atau didarab dengan nul yang kosong
engkau harus menjerit pada waktu kebeningan
malam yang gelap; tidak ada apa-apa yang dilihat
tidak juga tergapai tangan untuk mencengkam
benih-benih perbezaan di dalam kegelapan
kerana bumi telah direkah
dari pohon-pohon menghijau.
Mukah
7.4.06
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment