engkau harus belajar untuk memerdekakan
kemahuan yang tidak ada penghujungnya
resah yang akan membawa sebuah kematian
pada sebuah rumah panjang di Geruna.
Geruna adalah sebuah penempatan
pada kawasan berbukit-bukau
dan hutan yang masih tebal dengan margasatwa
dan penghuninya berkayakinan
bahawa kekayaan itu ada pada pohon-pohon
ada pada burung-burung
dan segala yang ada di belantara.
Dan apabila segala rahsia bumi telah terbongkar
janganlah sampai ada yang mati
kerana kehilangan tanah.
Mukah
27.6.06
No comments:
Post a Comment