Demikianlah;
kota raya itu dibersihnya
dengan wang yang teramat besar
agar nanti tiada abok
dan kotak-kotak kosong
mencederakan hati rakyat asing
yang datang melancong
dan melihat rumah kecil
bergelimpangan dipinggir.
Demikianlah;
kota raya itu membesar
dengan segala penderhakaan.
Akan bangunkah nanti seorang peribumi
membuat rumahnya sendiri.
Miri
25.6.94
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Saya kagum pada tulisan sdr. dan sepertri biasa tulisan sdr seperti sembilu yg menikam hati-hati yg masih tidak mahu memahami makna manusiawi
Saudara Pharo,
Terima kasih kerana mengunjungi blog saya. Saya berusaha untuk mengisi blog saya dengan kata-kata demi untuk menyedarkan kita semua tentang perlunya kita mempertahankan alam sekitar dan kemanusiaan (untuk generasi-generasi akan datang). Tetapi masih banyak perlu saya pelajari untuk membuat blog yang baik.
Post a Comment