Friday, February 27, 2009

Palestin

Kau bukan milikku
untuk kukata: Oh .... Palestinku
biar kau bersama darah
tumpah bersama zionisme
rebah bersama Arab
bangun bersama kehancuran
tegak bersama kemusnahan.

Palestin
kau tegak berdiri dengan suara
kau lantang bersuara keberanian
dan kau berani bunuh diri
apakah itu perang syahid?
sebenar kau takut menegak kebenaran
dan terlalu sukar
menjadi seorang manusia sempurna
Oh.... Palestin
cintamu sepatutnya buta.

Palestin
tahukah kau harga sekeping simpati?
atau bisa menadah kesempurnaan
mencatat sejarah hitam di dadamu
melihat ke dalam matamu yang kekaburan
ataukah perlu mewarisi kehilangan
tanah ini sepatutnya bukan milik dia
atau sekadar memberi tanggisan pada kami?

Palestin
kemanusiaan yang mahu ditegak atas angin
biarlah berpuput dalam bayu malam
dan pulang dengan segenggam darah perjuangan.

Worthing
1 Disember 1977
.

No comments: