Sunday, March 22, 2009

Mukah Oh Mukah Ku

Sekembali merantau panjang ke Mukahku yang satu
aku berkata kepada anakku yang tiga orang
kita bangunkan Mukah ini dari daun-daun kayu
dan kulit-kulit kerang
dan bulu-bulu binatang
kita bangunkan ia; bernafaskan laut dan tanah
kita bangunkan ia; bernyawakan sungai dan gunung
biar ia bergelumang dengan hutan belantara.

Dan anak lelakiku teus ketawa
sambil mengacu kembali hujah-hujahku
Mukah tidak akan menjadi Mukah sebesar ini
jika bukan kerana ahli bina dengan konkrit-konkritnya
perosak kehijauan buatan Tuhan
melanskapkan tanah lanar dengan warna-warna lain
warna perlembangan pembangunan
membawa Mukahku oh Mukahku
ke satu dimensi alam baru
penuh misteri.

Anak lelakiku terus berhujah dalam marah
dan aku tetap berkata; Mukah ini harus dibangun
dengan warna-warna hijau
dan entah tiba-tiba anak bongsu perempuanku
menangis tersedu-sedu
dan antara sedu-sedu itu keluar kata-katanya
aku ingin menjadi seorang saintis
aku dapat membangunkan hutan dalam sekelip mata
biar Mukah kita terbangun di celah-celah
kehijauan hutan belantara
biar segala makhluk Tuhan menikmati
pembangunan yang mencengkam Mukahku
.... Oh Mukahku ......

Dan anak bongsu perempuanku antara sedu-sedu itu
terus berkata lagi
zaman ayah sememangnya zaman hijau
cerita ayah berjalan-jalan di dalam hutan
mengembirakan aku
cerita ayah terserempak dengan ular sawa
tidak menakutkan aku
dan cerita ayah tentang pokok ara yang
menyimpan seribu cerita
adalah nikmat-nikmat harus kita simpan.

Aku gembira, tersenyum mendengar kelakarnya
dan sambil itu menghala percakapan kepada
anak perempuan keduaku
yang masih belum berkata-kata.

Hakikatnya Mukah akan terus membangunkan
batu-batu
dari pasir-pasir di laut
dari kayu-kayu di hutan
dari air-air di sungai
dari angin-angin di udara
dan anak perempuan keduaku terus berkata
wang akan melimpah ke Mukahku Oh Mukahku
kita harus mengejar nikmat-nikmat itu
kita harus bangunkan Mukah ini
dari kaca dan batu
kita taburkan impiannya
dari keyakinan berpaksikan kemajuan
biarkan bentuknya batu dan kaca
kerana ianya akan sentiasa keras
merubah tanah lanar ini.

Tetapi apa kata kita bertegas Mukah akan
senantiasa hijau
dan lautnya akan senantiasa biru
kerana kadang-kadang batu-batu itu
ada manusia akan mewarnanya hitam
dan kaca-kaca akan digelapkan.

Mukah
23 Mac 2007

4 comments:

Toh Chee Leong's Collections said...

Yang paling membimbangkan bagi saya ialah keadaan indek udara dan kebersihan sumber air kelak.
Pembangunan mesti ada pengorbanan di sebaliknya.

Hipani Alwi said...

"In the end, we will conserve only what we love; We will love only what we understand; We will understand only what we are taught". The young in our society should sincerely be taught to love nature and not just a superficial subject in class or just a nice outing to nature.

NikonSniper said...

beautiful photograph.
nikonsniper

Hipani Alwi said...

Thank you for visiting my blog. The photos posted are of the localities in Malaysia and I hope that I can shared it with the rest of the world.