Sunday, July 19, 2009

Puisi Pembangunan Dari Mukah 111

Katakan kita mula menterjemah laut
ke dalam bentuk sebuah akuarium berwarna biru
dan katakan laut itu mula bergelombang
memukul pantai dan mencederakan segala
pohon-pohon yang tumbuh di pantai.

Laut adalah kehidupan orang nelayan
airnya akan sentiasa masin dan berkocak
kadang-kadang warnanya akan kebiruan
sampai ke kaki langit dan hilang di permandangan
laut itu adalah laut Mukah
riang bermandikan pembangunan
membentuk lautan tamadun baru
anak-anak nelayan.

Katakan laut mula bermandi darah
adalah darah percikan orang kalah
Laut Mukah akan datang membenarkan
tamadun baru di atas perjuangan
peribumi yang kembali
mengisi semua ruang kemenangan.

Pembangunan di laut
haruslah membenarkan
alam akan sentiasa terpelihara
dan tidak ada yang terbuang
ke ruang kosong.

Mukah
21 Apr 2005

2 comments:

Gold Arawana said...

Waht is it in the photo boss? Look like explosion of nuclear bomb. Anyway, it is beautiful and artistic..

Hipani said...

Open burning near Kuala Matu (Bruan Mapal). The burning is seen from Pulau Bruit and the effect reached Igan and Mukah. See photo from Igan Ferry.