Katanya ada sungai yang kontang
langit cerah membelah bumi
ada padi menghempas diri
katanya ada huma penuh sengsara
ada petani tidak kesampaian.
Katanya ada suara kecil terpencil
terjerat antara pohon-pohon
katanya ada janji dikaji
ada suara pada ranting-ranting
ada dendangan angin sembilu
katanya ada serigala memecah sunyi.
Kampung Kedayan Tiris
sebuah kampung sejuta harapan
terpencil di hutan belantara
dihimpit gunung sebelah utara
nafasnya tersekat ditinggal pembangunan
ada janji tinggal kenangan.
Katanya ada bukit yang bangkit
hujan malan membanjiri lurah
ada panggilan memecah sunyi
katanya ada impian penuh harapan
ada mimpi di embun pagi.
Kampung Kedayan Tiris
sebuah kampung kehausan belaian
cuma sungai nadi penggerak
gunung Serawi megah menanti
deru jentolak menolak balak
hasil bumi hanya igauaan
pribumi tersendat kaku dan lesu.
Miri
3.6.1992
Friday, August 21, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
7 comments:
salah sebuah sajak saudara yang amat saya hargai kandungannya
"nafasnya tersekat ditinggal pembangunan
ada janji tinggal kenangan."
selamat berpuasa buat sdr dan keluarga.
Sine kampung Kedayan Tiris Boss?
SELAMAT BERPUASA TO YOU AND FAMILY...
Saya terpanggil untuk menyiar puisi yang saya karang lebih 16 tahun dahulu bila terbaca dlm Utusan Borneo tentang lawatan Menteri ke kawasan Kampung Kedayan Tiris yang akan mengahkhiri penantian 110 tahun. Saya pernah diminta untuk berucap di balai raya tentang projek jalan raya dan sememangnya ada perancangan di atas kertas waktu itu untuk menghubungi Kg Kuala Sibuti hingga ke Bekenu dan melalui semua kampung yg diceritakan. Hingga ke hari ini penantian itu masih belum berakhiri. Atau mungkinkah akan berakhir? Saya berharap.
Ohhhh... Semoga manjadi kenyataan dalam masa terdekat...
Saya amat tertarik dengan puisi nukilan Sdra ini. Sebagai penghargaan keatas kerja seni sdra, saya telah paparkan puisi "Sebuah Kampung, Sejuta Harapan: Kedayan Tiris" didalam blog saya http://darahkedayan.blogspot.com/
Secara kebetulan saya juga adalah graduan Brighton Poly (1978 - 1981). Syabas dan teruskan berkarya.
Terima kasih kerana berkunjung. Saya bukanlah orang politik yang bersorak bercerita tentang projek masuk kampung tetapi hanya sekadar menulis beberapa bait perkataan bercerita tentang janji yang masih ditunggu.
Syabas! Saya amat berbangga dengan prinsip sdra. Insya Allah saya akan terus menyokong karya sdra. Tahniah.
Post a Comment