Thursday, October 1, 2009

Kuala Sibuti

Katanya dia berasal dari Kuala Sibuti
seorang nelayan telah bertahun karam di laut
Kuala Sibuti telah dibenarkan bersuara
katanya anaknya berasal dari Kuala Sibuti
seorang nelayan telah bertahun mati dilaut
disinilah rumah-rumah terbina
terbakar diatas pasir
asapnya berkepulan dan berjerebu
membangunkan mimpi-mimpi siang
katanya kita tersedar ke dalam kaca
Kuala Sibuti kampung nelayan orang kuala
lautnya bergelombang setiap malam
ada hasrat yang belum tercapai
resah anak-anak nelayan parah
merindukan rumah-rumah kaca
terbina di atas gelombang.

Katanya dia berasal dari Kuala Sibuti
seorang nelayan telah bertahun hanyut di laut
membawa khabar besar menjunjung langit
orang nelayan tidak akan mati
walaupun kelaparan di laut.

Miri
16.2.98

4 comments:

BB Admin said...

Jangan jua d ucap nda pandai mati eh masipun Anak nalayan tu mun inda adakan d makan?

Hipani Alwi said...

Terima kasih dengan komen saudara. Kita mengharapkan nelayan-nelayan pantai akan sentiasa dilimpahi rezeki.

TQ

Farmilla Hamdi said...

Suara tuan tentang alam, mendayu bagai hembusan diwaktu senja, nyaman dan merisaukan. Teruskan perjuangan...

Hipani said...

Pantai K Sibuti dan kawasan berdekatan seperti pantai Bungai & Peliau masih indah hingga kini dan ada waktunya air laut kebiruan. Kita berharap ia akan berkekalan dan tidak dirosakkan oleh pembangunan dan begitu juga nelayan-nelayan kecil kita berharap kehidupan mereka tidak dihimpap oleh kemajuan.