Entah bagaimana rupa rayanya di Pulau Bruit
sebuah pulau yang tiba-tiba dicengkam kemiskinan
katanya!
Sejak itu laut sentiasa bergelora
dan sampai kini geloranya memuncak
hingga ke tebing-tebing ramadhan yang mulia
entah bagaimanakah di hari lebaran itu
yang terlepas dari ghairahku terbelenggu
pasti ada anak kecil bermain antara buluh rindu
ditiupnya dengan kemenyan lalu keliru
membicarakan kesusahan yang teramat perit
pada hari raya di sebuah pulau terpencil.
Tidakkah sedih, pulauku?
takbir bergema dialun ombak musafir
engkau masih juga ke laut
seperti nelayan-nelayan tak tahu
memberi makna kepada lebaran.
Mukah
19.9.09
Sunday, February 28, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
menusuk kalbu...saya ikut simpati.
DE nice picca!
Terima-Kasih kerana mengunjung blogs saya.
Utk Sdr Penabahari, Pulau Bruit sebenarnya kini sedang bersengketa. Haruskah perubahan datang dari luar atau ia terjadi hasil sendiri?
Dan ninieZueryannie, Maafkan saya kerna saya hampir terlupa disebabkan ejaan nama baru itu. Lama juga saya nak cam gambar bersama anak puan. Apa khabar sekarang? Tentu seronok bekerja di KL. TQ for visiting my blogs.
DE, really happy to see u here.. thank God kmk awal sikit 'timbul'.. if not, mungkin dh x ingat..
alhamdulillah, i'm fine.. kerja mcm biasa.. & memories di jkr mukah ttp sik dilupakan sampai bila.. after all, u r the kindest boss I have ever worked for..
ninie ... saya setuju perubahan harus datang dari sendiri,klau nak berubah sendiri harus ada motivasi tetapi dlm aspek perubahan/pembangunan sesebuah kawasan atau kampung dari segi infrastruktur apa yg kita harapkan dari rakyat itu sendiri cuma harapan dan kemahuan mereka.kita tidah bijak dan kurang adil kalau rakyat disalahkan andai mereka tidak maju ... lihat sahaja di bandar2 besar kuching,sibu,miri dan lain2 lagi apakah pembangunan raksasa yg kita smua lihat atas kemampuan rakyat. HAKIKATnya peranan yg lebih positif dan komited haruslah datangnya dari kerajaan.. saya rasa kalau kerajaan tidak ambil peduli dan tidak komited rakyat akan terus ketinggalan dan mundur dan miskin. kuasa yg rakyat miliki dan mampu beri kpd kerajaan untuk membangun adalah cuma SOKONGAN dan KERJASAMA.
Post a Comment