Kalau aku bohong engkau
jangan engkau bohong diri
kerana dunia penuh kebohongan
demi diri untuk diselamatkan.
Mengapa diri perlu diselamat
Tuhan kita menjaga kita
janganlah difikir perkara benda
ia akan hilang juga nanti
selamatlah diri dari kemurkaan
janganlah berlaku tidak adil
pada diri yang membangun jiwa
sejak kecil hingga dewasa.
Kalau aku bohong engkau
Tuhan tidak akan ketawa engkau
kerana engkau orang baik-baik
biarlah hujan diluar
janganlah hati engkau basah lagi.
Sememangnya harga barang telah naik
tetapi jangan engkau bohong aku.
15.6.08
Mukah
No comments:
Post a Comment